SPECTRA 13.6

Racun Rumpai / Herbicide / 杀草剂
Pekatan Larut Air (SL)

Description

Berat Bersih :  200ml / 500ml / 1L / 4L / 20L

No. Pendaftaran : LRMP.R1/6681

Perawis Aktif :
glyphosate-isopropylammonium – 13.6% w/w
Glyphosate – 10.2% w/w
Perawis Lengai – 86.4% w/w

Class : IV

Description:
Spectra 13.6 ialah sejenis racun rumpai lepas cambah yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘glycine derivative’ yang sistemik dan bukan selektif.
Aturan Penggunaan : Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Kawasan Tanaman Rumpai Keadaan Naungan Kadar Racun Isipadu Semburan Sehektar
Getah, Koko, Sawit, The dan Kawasan Bukan Untuk Tanaman     10 Liter Air Sehektar  
Lalang (Imperata cylindrica) Kurang 30% 200ml 18 liter 900 Liter
Rumput Kerbau (Paspalum conjugatum) Kurang 30% 133ml 6 liter 450 Liter
Rumput Pait (Ottochloa nodosa) Lebih 30% 88ml 4 liter

Jangan kutip hasil tanaman koko sekurang-kurangnya 7 hari selepas semburan terakhir.

Jangan biarkan haiwan ternakan meragut rumpai di kawasan yang disembur selama sekurang-kurangnya duabulan selepas semburan terakhir.

Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel “fanjet” bersaiz 1.6mm. isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan SPECTRA 13.6 secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi  daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan SPECTRA 13.6 di dalam tangi alat penyembur.

Panduan Menyembur:
Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.

 Tempoh Dilarang Masuk Senula Kawasan Rawatan (REI) : 12 jam

AWAS:

Bahaya kepada manusia:
Barbahaya jika tertelan. Elakkan daripada terhidu wasap atau kabus semburan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Ketika mengendalikan peoduk ini, JANGAN makan, minum atau merokok. Selepas mengendalikan produk ini, pastikan tutup bekas racun dengan rapat dan simpan di tempat berkunci yang mempunyai peredaran udara yang baik, kering dan dingin. Cuci alat penyembur sebersih-bersihnya selepas menggukannya. Pastikan mandi sebersih-bersihnya menggunakan sabun dan air yang banyak.

Pakaian dan alat perlindungan:
Ketika mengendalikan produk ini, pastikan pakai pakaian pelindung diri (PPE) berpiawaian termasuk sarung tangan, gogal, kasut getah, penutup muka dan alat pernafasan.

Bahaya pada alam sekitar
Produk ini adalah berbahaya pada organisma akuatik dan ikan. JANGAN cemarkan kolam, sungai atau saliran air.

TANDA KERACUNAN:
Gatal-gatal pada mata, hidung, kerongkong dan kulit.

RAWATAN KECEMASAN:
Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena pada kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika tertelan, JANGAN ikhtiarkan pesakit itu muntah. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

RAWATAN PERUBATAN:
Rawatan hendaklah mengikut tanda sakit.

MEDICAL TREATMENT:
Treatment symptomatic

BILAS BEKAS KOSONG TIGA (3) KALI SEBELUM MELUPUSKANNYA. JANGAN GUNAKAN BEKAS RACUN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN.

 KEEP AWAY FROM FOODSTUFF AND CHILDREN
JAUHKAN DARIPADA MAKANAN DAN KANAK-KANAK
?????????????????

Related Products

Herbicide

KEN-STAR PLUS

Racun Rumpai Herbicide

Herbicide

BASTA 15

Racun Rumpai Herbicide

Herbicide

WEEDX

Contact spray Burn all green foliage
X